Friday 16 May 2014

HARI GURU 2014


Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan.Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei 2014,berikut tema-tema hari guru dari tahun 1989 - 2014 : -


2014 GURU :PENCETUS KREATIVITI,PENJANA INOVASI


2013 GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI,  1 AGENDA

2012  Guru Inovatif Melonjankkan Trandformasi Pendidikan Negara

2011  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 

2010   Guru Pembina Negara Bangsa

2009   Guru Pembina Negara Bangsa

2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007  Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006  Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003  Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002  Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001  Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000  Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999  Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998  Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997  Guru Bestari Sekolah Bestari

1996  Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995  Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991  Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990  Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989  Guru Pembina Budaya Ilmu


Sempena dengan ketibaan Hari Guru, berbesar hati saya untuk mengucapkan Selamat Hari Guru semua warga pendidik Malaysia terutama sekali kepada Along (NORIZAN) Abang (SUHAILI) dan Kak Nik (NORIZA)





Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan kepada semua guru SMT Tanah Merah Kelantan..SMK Beris Panchor Bachok Kelantan dan SK Kubang Golok Bachok Kelantan.Semoga warga pendidik ini akan terus mencurahkan ilmu serta memberikan bimbingan yang terbaik buat anak bangsa, anak Malaysia kita.Semoga mereka akan terus berjaya merentasi halangan-halangan dalam usaha untuk membentuk peribadi yang baik serta akhlak yang terpuji dikalangan anak-anak bangsa dan anak-anak malaysia. dan juga semoga mereka akan terus berjaya menyuntik semangat patriotik dan cintakan negara kepada pelapis negara.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...