Monday 3 December 2012

Info Kesihatan

GARAM BULUH UNTUK RAWAT RESDUNG


     Sebelum saya menjelaskan cara rawatan resdung, rasanya elok kita ketahui apa itu resdung...? Resdung atau sinusitis adalah sejenis radang pada lapisan rongga pernafasan iaitu hidung.Juga merupakan sejenis penyakit yang boleh dikatakan semua orang berkemungkinan mengidapinya, cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau lemah system imunisasi badan. 
 
Adakah anda mengidap RESDUNG...?

Antara tanda-tanda anda adalah pengidap resdung.... 
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
• Hidung selalu tersumbat, lendir dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang  deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti saraf otak.

Pengidap resdung disarankan menggunakan Garam Buluh untuk merawat resdung supaya tidak serius dan pulih sepenuhnya....

Berdasarkan testimoni diri sendiri iaitu dengan cara membasuh muka menggunakan air Garam Buluh. Juga memasukkan air ke rongga hidung, seterusnya disedut air Garam Buluh ke hidung seumpama ketika kita mengambil wuduk.....Selain itu, saya juga menggunakan cara menyedut serbuk Garam Buluh masuk ke hidung. Terasa pedih seketika, tetapi amat berkesan dan mujarab. Setelah melakukan kedua-dua kaedah ini, kita akan rasa lebih segar, rasa gatal-gatal akan hilang, lender akan keluar, cecair akan keluar, pernafasan lebih lancer dan selesa, tiada lagi sakit atau rasa tak sedap hidung.

Seorang testimoni yang juga pelanggan Garam Buluh, 4 minggu lepas menggunakan Garam Buluh berjumpa saya dan memaklumkan bahawa resdungnya sudah pulih setelah mengamalkan kaedah yang dinyatakan di atas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, resdung akan pulih jika kita istiqamah mengamalkan rawatan Garam Buluh.
  
 
Apa itu Garam Buluh...
         Garam buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin and Pulau Yinping (Pantai Barat Korea). Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas dan dibakar dengan pokok pine sehingga ia mendari serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat yang ada di dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin & minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elelem surih) yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya. Zat galian yang diperlukan oleh badan kita tidak boleh diproses dalam badan. Kita hanya boleh dapat zat galian yang diperlukan oleh badan melalui makanan atau minuman. Ianya adalah elemen yang penting dalam pertumbuhan tulang, otot-otot, organ-organ dan darah.


GARAM BULUH mempunyai 1001 rahsia membantu mencegah, merawat pelbagai jenis penyakit...Kini telah ada Garam Buluh Hai-O yang mana telah terbukti dapat membuang toksin & Asid dalam badan. Garam Buluh Hai-O tidak sama dengan garam biasa kerana ia diproses dengan cara tradisional untuk mendapatkan Mineral yang banyak manakala garam biasa mempunyai kadar bahan kimia yang tinggi terutamanya Klorin, yang digunakan dalam proses memutihkan garam.
Garam Buluh Hai-O telah menjalani proses pembakaran sebanyak 9 kali untuk mendapatkan garam yang bermutu & kaya dengan mineral semulajadi.

KEKURANGAN MINERAL PUNCA SEGALA PENYAKIT
*Kenyataan Oleh Prof. Dr. Linus Pauling (2 Kali Pemenang  Nobel Award)
  
GARAM BULUH Hai-O SATU-SATUNYA MAKANAN KESIHATAN YANG MERUPAKAN MAKANAN HARIAN YANG BOLEH DICAMPURKAN PADA MINUMAN, MASAKAN DAN BOLEH DITABURKAN PADA BUAH-BUAHAN UNTUK MENAMBAH KELAZATAN.




Respon Pengguna Garam buluh Hai-O

Call/Sms/WhatsApp For Detail : 0132414727(Kh.Anuar) 


Garam Buluh Masak
Garam Buluh Minum                               





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...