![]() |
" Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah "..
Mutiara kata…..
1.
Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial
dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. Tiada
apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara
semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan
saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa
sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan
masa. Tiada jalan singkat.
3. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
4. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
5. Saya
pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan
London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat
mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah
satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
6. Ketika
Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana
yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong
orang lain.
7. Rezeki
yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun
begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak
mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu,
kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
8. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang. 9. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
Sumber : http://www.isuhangat.net/
|
Saturday, 1 December 2012
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Siapa yang tak kenal beliau? Seorang
individu yang bermula daripada bawah sehingga beliau berjaya menyelitkan
diri daripada kalangan orang paling kaya di Malaysia. Siapa boleh pertikaikan kejayaan......Saya
cuba kongsikan kata-kata berhikmah dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
untuk sambungan perjuangan bangsa kita dan untuk renungan panjang kita
seketika. Moga-moga ia akan memberi kebaikan untuk kita semua......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment