Friday 23 November 2012

5 Sebab Perniagaan Menjadi Haram

Assalamualaikum & salam sejahtera … Sebagaimana yang kita semua tahu berniaga adalah 9/10 daripada punca rezeki yang telah Allah pastikan untuk kita. Namun perniagaan yang dijalankan perlulah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama islam agar tidak menjadi haram. Kini berbagai jenis perniagaan telah muncul didunia ini. Berniagalah dengan mengikut etika yang terbaik agar perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata malahan dapat membuat amal jariah sekaligus memanfaatkan rezeki dengan zakat yang dikeluarkan. Berniagalah dengan baik kerana berniaga juga adalah Sunnah Rasulullah SAW. Suatu ketika Nabi s.a.w. pernah ditanya berkenaan sesuatu pekerjaan yang paling mulia, lantas Baginda s.a.w bersabda; “(Pekerjaan tersebut adalah) Jual beli yang mabrur (diredhai) dan pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan usahanya sendiri”. (Riwayat Al-Bazzar dan Ahmad)
5 unsur yang menyebabkan satu-satu perniagaan menjadi HARAM
  1. RIBA  : 1 dirham hasil riba yang dimakan oleh seseorang dalam mengetahui bahawa itu adalah riba, dosanya lebih besar daripada berzina sebanyak 36 kali (Riwayat Ahmad)
  2. ZALIM  : Sekalipun satu-satu perniagaan itu cukup syaratnya daripada segi hukum, ia tetap haram sekiranya jelas ada kesan menganiaya orang lain
  3. JUDI  : “Wahai orang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, sembelihan untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah agar kamu mencapai kejayaan” (Surah al-Maidah 5: 90)
  4. GHARAR  : Gharar bermaksud samar2 atau tidak jelas. Unsur ini akan wujud dalam perniagaan yang berorientasikan penipuan. “Sesiapa yang memperdaya kami, dia bukanlah daripada kalangan kami (orang beriman)” – [Riwayat Muslim]
  5. HARAM  : Syariat telah mengharamkan beberapa barangan daripada jual beli seperti arak, bangkai dan sebagainya. Islam juga mengharamkan beberapa cara jual beli seperti jual beli dua akad jenis jual beli dalam satu, jual beli daripada orang yang tidak waras dan sebagainya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...