Sunday 18 August 2013

BVSM - Masalah Tidur BerDENGKUR

Adakah pasangan anda berdengkur kuat? Dengkuran yang kuat boleh memalukan dan mengganggu orang lain terutamanya kalau kita tidur di kawasan yang ramai orang.
Mengikut kajian pakar dan apa yang biasa kita perhatikan pun, orang lelakilah yang biasanya berdengkur kuat semasa tidur. Kadang-kadang baru saja melelapkan mata, dengkurnya sudah berbunyi kuat. Selalunya yang menjadi mangsa (terpaksa tahan atau membiasakan diri mendengar dengkuran kuat ini) ialah perempuan atau si isteri. Namun begitu, apabila dah biasa mungkin dengkuran kuat ini tidak menjadi gangguan lagi kepada pasangannya (si isteri). Alah bisa tegal biasa. Tidak dinafikan ada perempuan yang berdengkur kuat juga, jadi suamilah pula yang jadi mangsa….
Biasanya dengkuran kuat ini berkait rapat dengan anatomi di bahagian mulut dan saluran pernafasan. Di antara sebabnya ialah tisu nasal (hidung dalam) yang membengkak, terdapat himpunan lemak di kerongkong yang menyebabkan laluan udara menjadi sempit, atau anak tekak (uvula) yang besar. Untuk memperbaiki anatomi yang kurang normal ini, PEMBEDAHAN boleh dilakukan oleh pakar.



Antara Punca DENGKUR..

  • Berat badan berlebihan menyebabkan tisu di sekitar tekak dipenuhi tisu lemak yang akan menyebabkan salur udara mengecil.
  • Faktor genetik - diwarisi daripada ibu bapa masalah struktur salur pernafasan.
  • Pengambilan ubat penenang, pelali atau ubat tidur yang menyebabkan tisu tertentu mengendur dan menghalang laluan udara.
  • Saluran pernafasan melalui hidung yang tersekat disebabkan alahan (allergic), demam selesema, resdung, tulang bengkok (deviated nasal septum), resdung (sinusitis), kanser hidung dan tekak serta masalah tulang muka kecil dan sebagainya juga boleh menyebabkan berlakunya getaran dengkur. 
  • Tabiat tidur secara terlentang juga mungkin memburukkan lagi halangan saluran udara menyebabkan bunyi dengkur lebih kuat.
  • Pengambilan alkohol juga mendorong tisu-tisu di sekitar tekak mengendur ke dalam sementara tabiat merokok pula menyebabkan kerosakan tisu sehingga menjadi kendur dan menghalang laluan udara.
  • Peningkatan usia terutamanya usia yang melebihi 45 tahun yang menyebabkan otot-otot tekak semakin lemah, mengendur ke dalam dan membentuk halangan pada salur pernafasan.
  • Ukur lilit leher lebih daripada normal memainkan peranan daripada indeks jisim badan di dalam terbentuknya halangan salur pernafasan, dengkur dan OSA. Ukur lilit leher yang melebihi 17 inci dikaitkan dengan peningkatan risiko halangan salur udara kerana longgokan lemak di leher mungkin menekan saluran pernafasan.
  • Struktur tulang muka turut meningkatkan risiko halangan salur udara, termasuklah tulang rahang atas dan bawah yang tidak selari, rahang bawah yang lebih pendek atau lebih kecil (micrognathia) atau mempunyai lidah yang besar (macroglossia) sehingga menyempitkan saluran pernafasan. 
  • Masalah tonsil, masalah adenoid yang biasanya berlaku pada kanak-kanak yang menyempitkan saluran pernafasan.
  • Leher yang panjang iaitu 43 cm untuk lelaki dan 41 cm untuk wanita.
  • Lelangit yang terlalu lembut merupakan punca masalah dengkur yang kebanyakan berlaku di kalangan rang dewasa. 90 peratus masyarakat Malaysia yang berdengkur di sebabkan faktor ini.
  • Anak tekak di lelangit lebih panjang daripada biasa sehingga mencecah lidah. Masalah ini boleh dikesan ketika mereka yang menjalani pemeriksaan fizikal.
  • Mereka yang mempunyai sindrom kraniofasial juga berisiko untuk mendapat masalah ini.


Kesan Dengkur
  • Menjejaskan kualiti hidup pasangan suami dan isteri.
  • Masalah hypopnea
  • Kekeringan mulut, pening dan rasa tidur yang tidak puas.
  • Emosi terganggu
  • Tindak balas dan fungsi kognitif penghidap akan menjadi perlahan dan terjejas. .
  • Rasa mengantuk yang melampau pada waktu siang
  • Tertidur ketika sedang membaca, berbual, menonton televisyen, duduk,menaiki kenderaan dan juga ketika memandu..
  • Meningkatkan risiko diabetes secara mendadak. .
  • Menyebabkan berlakunya sawan 
  • Risiko penyakit Alzheimer 
  • Risiko sakit jantung dan juga strok.
  • Risiko strok.
  • Lemah daya ingatan, hilang tumpuan, stres, mati pucuk dan jangka hayat lebih   pendek

*
*
*
*
*  *  *  *
Bio Velocity Sleep Mate - Rawatan Alternatif Masalah Dengkur



Banyak syok Bio Velocity Sleep Mate ni...


Hanya gunakan semasa tidur anda akan merasai sendiri nikmatnya..

Jangan tunggu lagi untuk mendapatkan Bio Velocity Sleep Mate :


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...